Si Yajie memenangi acara 10m platform untuk muncul juara dunia pada 2013 di Kazan. Ren Qian pula muncul pemenang pingat emas acara sama di Olimpik, tahun lalu. Kedua-duanya membantu China memenangi acara terjun berirama 10m platform pada Ahad.

Dominasi China dalam acara terjun sememangnya sukar untuk dirobohkan. Disebabkan itu sudah menjadi kelaziman kepada peminat sukan dengan tanggapan ‘kalau atlet China bertanding terjun ni, memang Malaysia boleh dapat perak atau gangsa je la’.

Ren QIan dan Si Yajie sukar ditewaskan sebelum ini.

Acara terjun telah membawa satu anjakan paradigma kepada sukan di Malaysia. Sebelum ini, semua beranggapan hanya badminton mampu membutirkan pingat kepada kontinjen negara di temasya Olimpik.

Pandelela Rinong telah meruntuhkan pemikiran tersebut dengan menggondol gangsa di London. Sejak itu masyarakat mula sedar kita tidak seharusnya bergantung kepada badminton semata-mata. Kini selain sukan raket tersebut, Malaysia mempunyai pemenang pingat dalam acara terjun dan lumba basikal.

Berbalik kepada kejayaan Jun Hoong memenangi emas di Budapest, ia bukan sekadar pencapaian menjadi juara dunia. Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Jun Hoong memenanginya dengan bergaya termasuk menewaskan kuasa besar terjun dunia iaitu China.

Berdepan dua penerjun terbaik dunia  yang umum mengetahui betapa berdisiplin dan hebatnya penerjun negara Tembok Besar ini, Jun Hoong tenang meraih 397.5  mata.

Pada terjunan ketiga, menerusi terjunan  reverse 2½ somersault from the tuck position, penerjun kelahiran Perak ini mmendapat markah penuh dari 4 juri sekaligus memberi petanda dia mungkin akan bergelar dunia.

Foto: FINA

Menariknya, Jun Hoong masih belum sedar akan peluangnya untuk memenangi emas ketika itu.

“Saya sebenarnya tak lihat senarai ranking selepas melakukan terjunan kerana terlampau fokus untuk membuat terjunan seterusnya” kata Jun Hoong dipetik dari temubualnya bersama wartawan AP, Paul Newberry.

“Hanya pada terjunan terakhir, saya lihat senarai dan terkejut selepas mengetahui saya sedang mendahului senarai” tambahnya lagi.

Penerjun-penerjun China nyata terkejut dan kecewa dengan keputusan ini. Malah, mereka pasti ‘goyang’ dengan kejayaan Jun Hoong.

“Saya masih terkejut. Saya tidak menyangka akan menjadi juara dunia”

“Saya tidak dapat menggambarkannya”.

Tahniah Cheong Jun Hoong.