Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, kami bawakan kepada peminat sukan tanah air kejayaan atlet berbangsa Cina yang telah mengharumkan nama negara di pelbagai peringkat dunia.

Kami memilih 4 orang atlet yang berlainan sukan namun berjaya memberi kejayaan demi kejayaan kepada negara.

Foto Kredit : BWF

Datuk Lee Chong Wei 

Kejayaan atlet ini dalam arena sukan badminton sememangnya tidak perlu di pertikaikan lagi. Meskipun usia makin meningkat, namun beliau masih lagi mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia dan jika dilihat situasi sukan badminton negara, kita masih belum ada pengganti Chong Wei.

Antara kejayaan pernah di capai oleh Chong Wei, memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut ini, pingat perak dan gangsa dalam kejohanan dunia dan beberapa kejuaraan Super Siri.

Beliau juga pernah menerima anugerah pemain terbaik BWF, anugerah olahragawan negara dan beberapa lagi anugerah peribadi sepanjang karier beliau.

Foto Kredit : nakbebel(dot)com

Chong Jun Hong

Atlet dari Perak ini telah menempa beberapa kejayaan dalam sukan renang. Jika dalam Sukan SEA, beliau dianggap kuasa besar dalam sukan terjun kerana sukar mana-mana atlet untuk mengalahkan beliau.

Beliau berjaya memenangi pingat perak pada sukan Olimpik 2016 dalam acara 10m bersama pasangan beliau iaitu Pandelela Rinong. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah muncul juara Kejohanan Aquatic Dunia dalam acara 10m individu yang diadakan di Hungary pada tahun lepas.

Foto Kredit : youtube

Julian Yee

Julian merupakan atlet luncur ais negara dan mungkin ramai antara kita kurang mengenali atlet muda dari Kuala Lumpur ini. Namun beliau berjaya memperoleh beberapa kejayaan yang membanggakan negara.

Antara kejayaan terbesar beliau adalah berjaya layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan 2018 dan merupakan penampilan sulung dalam kejohanan ini.

Mula menyertai kejohanan kompetitif seawal usia 13 tahun, beliau telah menempa beberapa kejuaraan seperti Kejohanan Eropah Cup Skate Helena, ‘ISU World Development Trophy’ pada tahun 2013, Emas Sukan Sea 2017 dan beberapa lagi kejayaan peribadi beliau.

Foto Kredit : stadium(dot)MY

Lee Hup Wei

Beliau merupakan atlet olahraga dalam acara lompat tinggi. Antara kejayaan terbaru beliau adalah memenangi emas dalam kejohanan Asean pada tahun2007. Beliau juga pernah beraksi dalam sukan Olimpik.

Untuk tahun2018, ia satu permulaan yang baik untuknya apabila berjaya menjuarai Kejohanan Balapan dan Padang AACT di Canberra, Australia dan Kejohanan Olahraga Jemputan Sukan Asia ke-18, Jakarta, Indonesia.

Tahun ini juga beliau akan bersaing dalam beberapa kejohanan besar seperti Sukan Komanwel di Australia (4 hingga 15 April) dan Sukan Asia di Indonesia (18 Ogos hingga 2 September.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua atlet kebangsaan yang akan membawa nama negara dalam mana-mana kejohanan dapat memberi yang terbaik dan moga dapat mencapai kejayaan demi kejayaan. Bermainlah demi lencana di dada!

 

Foto Kredit : BWF