Connect with:




Dalam kepayahan Usain Bolt untuk mencapai cita-citanya bergelar pemain bola sepak professional, jaguh lapan pingat emas Olimpik itu akhirnya bersedia ‘gantung but’ ekoran gagal melepasi sesi percubaan tahun lalu bersama kelab Australia, Central Coast Mariners.

Menurut laporan media Jamaica semalam, lagenda olahraga yang berusia 32 tahun itu meluahkan kehidupannya sebagai atlet sudah tamat dan impiannya untuk bermain bola sepak secara professional semakin pudar.

Biarpun dia mengatakan impiannya masih belum mati dalam satu majlis di sini, Isnin lalu, tetapi Bolt yang diberi jolokon ‘Lightning Bolt’ meluahkan perancangan terbaharunya selepas ini bahawa dia ingin melebarkan kariernya dalam bidang perniagaan.

“Saya tidak mahu menyatakan saya tidak mengharunginya dengan bersungguh-sungguh, tapi untuk memikirkan semula mengenainya, bukan dengan cara kami dan anda sepatutnya belajar, tapi anda hidup dan belajar,” katanya kepada rancangan televisyen Jamaica.

“Kehidupan sebagai atlet sudah berakhir, jadi saya kini ingin fokus kepada perniagaan yang berbeza. Ada banyak yang sedang saya rancangkan, jadi seperti yang saya katakan, saya hanya mencuba segala-galanya dan sekarang saya mahu cuba beralih sebagai ahli perniagaan.”

“Ia pengalaman yang bagus. Saya amat menikmatinya untuk berada bersama pasukan dan ternyata ianya  berbeza daripada trek dan balapan.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan juga turut menyaksikan Bolt membantu membiayai pasukan Jamaica pada Sukan Olimpik Khas Musim Panas di Emiriah Arab Bersatu, Mac depan dengan menyerahkan menyerahkan cek berjumlah lebih AS$1 juta (RM4.13 juta) kepada badan induk berkenaan. – AFP

Foto: TVNZ