Kehebatan jentera serangan Paris Saint-Germain (PSG) memang tidak dapat disangkal lagi apabila rakus membenam Anderlecht 4-0, awal pagi tadi.

Gandingan trio serangan PSG Kylian Mbappe, Edinson Cavani dan Neymar mudah meledakkan gol pada perlawanan itu.

Jaringan pertama PSG disempurnakan oleh Mbappe seawal minit ketiga kemudian Cavani menambah jaringan pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, nasib malang Anderlecht ditambah dengan jaringan sepakan percuma daripada Neymar pada minit ke-65 menyukarkan mereka untuk menyamakan kedudukan.

Sementara itu, pesta jaringan PSG diserikan lagi dengan jaringan gol pada minit terakhir oleh Angel Di Maria membuatkan perlawanan pagi tadi berkesudahan 4-0.

Serangan bertali arus pihak lawan tidak mampu untuk memecah gawang gol PSG yang dikawal rapi oleh Areola.

Pendahulu Ligue 1 itu kekal memiliki kelebihan tiga mata di depan Bayern Munich yang menumpaskan Celtic 3-0 di Jerman, untuk berada di puncak Kumpulan B.- AFP

Foto Kredit: Twitter (PSG_English)