ghaddar

Ghaddar senjata baru Felda United

 

“Apa yang saya boleh buat di Kelantan (menjaringkan gol), pasti saya dapat buat bersama Felda United”.

Itu nada yang disuarakan Mohamad Ghaddar, bekas penyerang Kelantan yang kini mengikat kontrak bersama Felda United. Ghaddar menjadi pemaim import kedua selepas Felda menyambar pemain pertahanan dari Brazil, Carlos Roberto Junior.

Bagi ketua jurulatih Felda United, K.Devan, dia sudah arif dengan gaya permainan Ghaddar dan percaya pemain Lubnan ini akan terus mempamerkan permainan berkualiti sekaligus kekal menjadi penyerang berbisa Liga Malaysia.

“Saya yakin Ghaddar Felda United akan berbeza dengan Ghaddar di Kelantan. Kehadirannya akan membantu pasukan kami terutamanya di bahagian serangan” kata Devan.

Ghaddar dan Devan ditemui ketika menghadiri majlis memperkenalkan pegawai dan pemain Felda United bagi musim 2013 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah majlis perasmian jersi baru Felda United dimana pasukan yang akan berpengkalan di Stadium MBPJ ini akan menggunakan jenama Umbro sebagai jersi rasmi pasukan.

felda

Ketua jurulatih, K. Devan dan kapten pasukan, Muhamad Kaironnisam Sahabudin mengetuai kontinjen pasukan ketika pelancaran jersi terbaru pasukan Felda United

 

Dalam pada itu, pengurusan Felda menetapkan sekurang-kurangnya satu piala untuk dimenangi Felda United bagi musim 2013 ini.

“Saya sudah jelaskan kepada pemain-pemain saya untuk lakarkan sejarah dengan menjulang piala. Saya yakin dengan kehadiran ramai pemain senior dalam ini pasukan , Felda United mampu menghadirkan kejuaraan untuk musim ini” jelas Devan.

Felda akan membuka saingan Liga Super menentang Terengganu di Kuala Terengganu pada 8 Januari sebelum menerima kunjungan Pahang di Petaling Jaya, 3 hari selepas itu.