Connect with:




Majlis penutupan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsung pada 22 September ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkemuka negara iaitu, Dato Awie dan Dato Jamal Abdillah.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How memberi tahu kedua-dua ikon muzik tanah air itu bakal mempersembahkan persembahan istimewa bersempena majlis penutupan nanti.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis penutupan nanti yang bukan saja di hadiri Awie dan Jamal Abdillah, malah akan ada persembahan daripada penyanyi dan band tempatan yang akan turut membuat persembahan nanti.

“Selain itu pihak penganjur juga akan mengadakan cabutan bertuah bagi penonton bertuah,” ujarnya dalam sidang media petang semalam.

Pada sidang media yang sama, Howard turut mengumumkan hadiah yang bakal diterima atlet lelaki dan wanita terbaik serta juara keseluruhan Sukma Perak 2018.

“Selain hadiah untuk atlet dan kontinjen bertanding, kita juga ada sediakan hadiah untuk rakan media yang terdiri dari laporan akhbar, laporan elektronik dan foto terbaik sepanjang Sukma berlangsung.

Difahamkan pada majlis sama akan turut dilangsungkan penyerahan obor Sukma kepada tuan rumah Sukma 2020, Johor.