Connect with:




Kedudukan jurulatih Kedah, Ramon Marcote masih belum terjamin sehingga selesai mesyuarat yang bakal diadakan oleh Persatuan Bolesepak Kedah (KFA) dalam masa terdekat.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, mesyuarat itu belum diputuskan tarikhnya dan ini memberi ruang kepada Ramon untuk membela diri serta menjelaskan keadaan sebenar pasukan bimbingannya.

“Saya telah meminta ahli mesyuarat pengurusan KFA yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah untuk berjumpa Ramon dan beberapa pemain lain sebelum membuat keputusan.

“Mungkin tidak adil untuk kami membuat apa-apa keputusan selagi tidak mendengar penjelasan dari Ramon. Kami juga akan mendengar pandangan beberapa pemain termasuk kapten,” katanya.

Kedudukan Ramon sebagai ketua jurulatih Kedah belum terjamin setelah gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini menyebabkan penyokong Lang Merah mempersoalkan kredibiliti beliau dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi penyerang import pilihannya, Pablo Pallares yang dilihat gagal menyinar.

Foto Kredit : kedahnews(dot)com