Connect with:




Penganjur Sukan Komanwel 2018 telah dikritik hebat selepas insiden tidak memberikan bantuan perubatan yang mencukupi kepada seorang pelari Marathon dari Scotland, Callum Hawkins yang pengsan ketika berlari.

 Dalam insiden tersebut, Callum Hawkins yang berada di kedudukan depan sebelum dua minit lagi untuk sampai ke garisan penamat terus rebah pengsan disebabkan letih akibat cuaca panas (haba).

Pemain berusia 25 tahun, yang menduduki tempat keempat dalam kejohanan maraton di London pada musim panas lalu, dilihat sebagai pemain yang berpotensi untuk merangkul emas tetapi secara tiba-tiba jatuh di bahu jalan.

Kemudian, dia berjaya bangun semula untuk meneruskan perlumbaan menggunakan alat sokongan. Namun tidak lama selepas itu, dia memukul kepalanya dan kembali pengsan di salah satu halangan pinggir jalan.

Hawkins telah dibawa ke hospital dan tiada kecederaan yang berlaku tetapi rakan-rakan atlet dan bekas atlet yang lain berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan medik professional tiba dengan lebat untuk menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, pemegang rekod dunia Marathon, Paula Radcliffe dalam satu kenyataannya di Twitter mempersoalkan jawatankuasa pengajur tempatan dan kakitangan perubatan.

“Itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Penonton yang menyaksikan insiden terseubt turut mengambil gambar Hawkins terlantar tanpa sebarang tawaran bantuan untuk diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gold Coast 2018, Mark Peter menjelaskan bahawa pihak mereka memberikan segala bantuan kepada Hawkins dan pasukan Scotland.

“Gold Coast 2018 telah menyediakan pelbagai langkah untuk memastikan kebajikan atlet dijaga dan tugas yang perlu dilakukan oleh pembantu perubatan.

“Saya juga bimbang tentang kelakuan sesetengah orang yang memilih untuk mengambil gambar. Ini sepatutnya tidak harus berlaku dalam Gold Coast 2018.”

Foto Kredit: The Telegraph