Connect with:




Seorang peserta MMA, Jack Mason mengalami kecederaan mata yang sangat teruk selepas ditumbuk dalam pusingan pertama oleh Hakon foss dalam pertarungan di Cage Warrior 93 pada malam Sabtu lepas.

Kecederaan tersebut digambarkan sebagai kecederaan yang paling parah pernah berlaku dalam sejarah MMA selepas kulit di atas mata Mason dilihat tersiat sehingga menampakkan isi.

Perlawanan tersebut dihentikan pengadil, Marc Goodard selepas Foss mengenakan lutut ke arah muka Mason seterusnya memberi pukulan maut (gabugan pukulan dan tendangan) sekaligus kemenangan berpihak kepada Foss.

Kulit atas mata Mason dilihat tersiat sehingga menampakkan isi.

Walaupun cedera, Mason menerima insiden itu dengan baik dan pejuang yang berasal dari Chelmsford, Essex, itu megeluarkan kenyataan di Twitter selepas pertarungan: “Perlu belajar beberapa pertahanan lutut.”

Dari sudut lain, gambar kecederaannya telah menjadi viral di media sosial sehingga imej tesebut menimbulkan rasa jijik dan kurang senang oleh pengguna Twitter.

“Itulah perkara yang paling buruk yang pernah saya lihat dalam hidup saya. Ini benar-benar mengerikan.” Kata seorang pengguna Twitter.

“Adakah itu akan dapat disembuhkan dengan betul? Luka itu pasti akan terbuka di masa hadapan,”kata seorang lagi.

Bintang UFC, Damien Brown meluahkan rasa terkejutnya atas kecederaan yang dialami Mason dan turut membuat satu kenyataan Di Twitter.

“Itu suatu perkara yang buruk. Syukur anda masih boleh bangun.”

Berikutan kekalahan tersebut, rekod Mason kini mencapai 29 kemenangan, 17 kekalahan dan satu seri.

Foto Kredit: MMA Mad