Setiap kali kita menonton acara atau pertandingan sukan, kita pasti akan dapat melihat atlet-atlet professional akan memakai satu lagi lapisan pakaian dibawah jersi atau seluar mereka. Pakaian mampatan atau ‘compression garments’ ini mempunyai fungsi unik dan spesifik bagi pemakainya dalam bergerak aktif. Pakaian seperti ini biasanya mempunyai rekabentuk yang ketat dan melekap ke seluruh kulit.
Terdapat pelbagai kebaikan pemakaian pakaian mampatan antaranya,
Melancarkan Peredaran Darah
Pemakaian fabric atau kain yang melekap dan mampat ke kulit anda akan menggalakan propriosepsi yang berkaitan dengan fungsi dan akan mengurangkan gegaran tisu lembut otot. Pengedaran darah yang baik bukan sahaja dapat membantu pergerakkan tetapi juga meransangkan kesihatan dan organ tubuh badan.
Proses ‘Recovery’ Pantas
Lactic Acid dalam tubuh badan akan terhasil akibat pergerakan fizikal yang banyak dan ini akan menyebabkan tubuh badan anda cepat lenguh. Untuk menggalakkan pembuangan lactic acid ini, pakaian yang ketat dapat mempercepatkan pembuangan asid ‘lactate’ dalam darah, dan ianya secara tidak langsung mempercepatkan tempoh pemulihan semasa dan selepas bersukan terutama untuk aktiviti sukan yang lama seperti berlumba basikal, larian marathon dan trialthlon.
Keselesaan Ketika Bersukan
Dengan fungsinya yang ketat dan rekabentuknya yang kemas, sekaligus ia dapat dapat menyokong otot-otot ketika bersenam. Oleh kerana itu, pakaian jenis mampatan dapat memberi keselesaan kepada otot dan kulit sepanjang senaman. Keselesaan amatlah penting ketika bersukan dalam meningkatkan prestasi bersukan anda.
Figos Malaysia sedang melakukan promosi untuk barangan pakaian mampatan atau ‘compression garments’ untuk bulan ini.
Anda boleh memiliki barangan ini dengan kualiti yang sama seperti yang lain dipasaran namun dengan harga yang berpatutan!
Maklumat lanjut untuk mendapatkan barangan ini ialah dengan melayari laman web Figossports.com atau mengunjungi laman media sosial mereka di pautan:
https://www.facebook.com/figossportswear/
https://www.instagram.com/figossportswear/