Keanu Subba dan Christian Lee akan bertemu pada 18 Ogos ini dalam acara kelas 56 kg di Stadium Negara Kuala Lumpur di ONE : QUEST FOR GREATNESS.

Keanu merupakan bekas juara Malaysian Invasion Mixed Martials Arts (MIMMA) dan kini giat dia tmemperbaiki kemahirannya bersama rakan-rakan yang lain ketika  di Bali Muay Thai dan MMA Gym di Indonesia.

“Saya sudah siap sedia daripada segi mental dan fizikal untuk bertembung dengan Christian Lee,” kata Keanu.

Keanu merupakan salah seorang bakat muda yang terserlah dalam satu pertandingan iaitu ‘One

Lawan Keanu, Christian Lee merupakan adik kepada Angela Lee yang popular dalam acara ‘strawweight’.

Sebelum penampilan di ‘One Championship’, Lee  merupakan bekas juara dunia Pankration, dan meneruskan latihannya di United MMA di Hawai.

Keanu dan Lee mempunyai potensi yang cukup besar dalam kejohanan ini dan salah seorang daripada mereka perlu tahu untuk mengambil peluang ketika berlangsungnya perlawanan tersebut.

ONE : QUEST FOR GREATNESS. akan berlangsung pada 18 Ogos ini.