Connect with:




Sukan yang tiada dalam senarai Sukan Olimpik tidak akan disisihkan. Itu jaminan Kementerian Belia dan Sukan yang disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi peruntukan RM1bilion dalam Belanjawan 2019 yang akan diumumkan pda pertengahan Disember nanti.

Sehubungan itu, beliau bagaimanapun menegaskan wakil persatuan sukan kebangsaan untuk terus memantau prestasi atlet di di bawah kendalian masing-masing bagi memastikan mereka mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

Sukan seperti skuasy dan tenpin boling tetap akan diberikan perhatian oleh pihaknya kerana berjaya melahirkan juara dunia biarpun sukan berkenaan tidak termasuk dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malahan, Syed Saddiq turut mengemukakan cadangan berhubung satu pengauditan khas perlu diwujudkan bagi memastikan dana RM100 juta yang diberikan kepada sukan negara digunakan sebaiknya oleh pihak yang terbabit.

“Seperti saya tekankan dalam ucapan saya tadi, sukan yang tidak berada dalam senarai Olimpik tidak akan dianaktirikan dan kita tetap akan bergerak ke hadapan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Bengkel Penetapan Program Latihan 2019, semalam.

“Menerusi bengkel ini semua keperluan akan diambil kira. Pihak persatuan harus menetapkan keperluan sebelum Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) membuat anggaran dana untuk disalurkan kepada pihat persatuan,” katanya.

 Terdahulu, Syed Saddiq memberitahu, daripada jumlah itu, RM100 juta diagihkan untuk persiapan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, manakala RM10 juta khusus kepada pembangunan e-Sukan. — BERNAMA
Foto: Syed Saddiq