Connect with:




Selepas Hafizh Syahrin sah beraksi di Moto2 musim depan, seorang lagi pelumba dari Malaysia bakal mewarnai kelas tersebut dalam kejuaraan dunia.

Kasma Daniel pada Selasa telah diumumkan sebagai salah seorang penunggang untuk pasukan ONEXOX TKKR SAG TEAM.

Kasma, 19 tahun merupakan bintang yang dilahirkan menerusi Kejuaraan Cubprix Malaysia selain pernah menjalani latihan di VR46 Racer Academy di Itali.

Perkara itu diumumkan menerusi laman sosial pasukan tersebut. Kasma akan menggantikan pelumba Jepun, Tetsute Nagashima yang dilaporkan bakal membarisi pasukan RedBull KTM Ajo musim depan.

Kasma musim ini beraksi di Kejuaraan Moto2 FIM CEV Repsol dimana beliau berjaya menamatkan kempen di tangga ke-10 keseluruhan.