Connect with:




Penyerang veteran Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dikatakan bakal meninggalkan pasukan itu penghujung musim ini, kata pengurus Jose Mourinho.

Kontrak pemain berusia 36 tahun itu akan berakhir penghujung musim ini selepas menyertai United pada 2016 dan beliau dikaitkan dengan penghijrahan ke LA Galaxy.

Mourinho menegaskan yang Ibrahimovic boleh meninggalkan Old Trafford, Mei ini namun dia tidak tahu sama ada bekas penyerang Sweden itu akan bersara atau mencari kelab baharu.

“Kami semua berfikir ini adalah musim terakhir Zlatan di United. Tetapi ini semua terpulang kepada dia sama ada mahu terus bermain ataupun tidak,” kata Mourinho.

“Dia berhak untuk memilih apa yang terbaik dalam hidupnya, masa depannya.

“Dia merupakan pemain yang menakjubkan dengan karier yang hebat tetapi kecederaanya datang pada masa yang salah dan ini merosakkan beberapa musim yang hebat dia peroleh dan sepatutnya dapat bersama kami.”

Ibrahimovic muncul penjaring terbanyak buat United musim lalu dengan 28 gol dalam 46 penampilan dan membantu  The Red Devils merangkul Piala lIga dan Liga Europa.

“Dia bergelut pada musim ini. Dia tidak cedera. Adakah dia gembira, bersedia dan yakin bahawa dia berada dalam keadaan terbaik untuk membantu pasukan ketika ini?

“Tidak tetapi dia adalah seorang pemain yang jujur dan hanya mahu kembali dengan perasaan ‘saya sudah bersedia sepenuhnya’.

“Jadi dia bekerja keras dan saya mengharapkan perkembangannya dapat membawa dia ke tahap yang dia mahukan.”

Foto Kredit : independent(dot)ie