Connect with:




Sebuah kapal mewah Eclipse kepunyaan jutawan Russia yang juga pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich ‘diceroboh’ seorang lelaki selepas dia didapati merakam foto dalaman kapal mewah tersebut.

Kapal yang bernilai £340j (RM1.9 bilion) itu berlabuh untuk diselenggara di pelabuhan terbesar Jerman, Hamburg tatkala lelaki berkenaan dilaporkan ingin ke tandas sebelum menyelinap masuk dan memutuskan untuk merakam beberapa foto dalam kapal itu.

Dalam pada itu, seorang pengawal keselamatan Abramovich yang terserempak dengan lelaki yang dianggap ‘pengintip’ itu terus melaporkan kehadirannya kepada polis Jerman.

Suspek yang ditahan itu merupakan pengawal keselamatan yang bekerja di pelabuhan berkenaan dan berusia 21 tahun.

Dalam perkembangan lain, kapal Eclipse milik peribadi Abramovich itu adalah kapal peribadi terbesar kedua di dunia selepas kapal mewah 590 kaki (180 meter) Azzam yang dimiliki oleh Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Dengan panjang 533 kaki (162 meter), Eclipse mempunyai kabin untuk 24 tetamu, dua helipad, beberapa jacuzzi, kelab/bar, dua kolam renang, kapal selam dan tiga bot gerak pantas untuk membawa penumpang ke pelabuhan lebih kecil.

Foto Kredit: thebillionaireshop