Bagi kapten Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim menyatakan bahawa kejayaan pasukannya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah selepas penubuhan pasukan 2013 sebagai bukti pasukannya yang terbaik di Malaysia.

 

Tambahnya, walau banyak pihak (netizen) memberi tohmahan negatif terhadap pasukannya, ianya tidak memberi sebarang masalah buat mereka untuk terus meraih kejayaan demi kejayaan.

 

Berikutan selepas kemenangan JDT di Piala Malaysia baru-baru ini, mesti anda semua tertanya-tanya maksud tiga bintang yang terletak diatas logo utama JDT kan?

 

  1. Tiga bintang ini wujud dari Johor FA lagi yang melambangkan Johor pernah menjuarai ‘double-champion’ iaitu, Piala Malaysia 1991 dan liga Divisyen 1 dalam tahun yang sama.

 

  1. Kemudian satu lagi bintang menterjemahkan tentang lambang perpaduan di antara penyokong dalam pasukan bolasepak Johor.

 

  1. Pada tahun 2013, logo tersebut ditukar dan masih mengekalkan tiga bintang tersebut yang membawa maksud sebanyak tiga kali pasukan Johor menukar nama pasukan mereka kepada,
  • 1972-1996  : Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Football Club (PKENJ F.C.)

 

  • 1996-2012  : Johor Football Club (Johor FC)

 

  • 2013 – kini : Johor Darul Ta’zim Football Club (Johor Darul Ta’zim F.C.)

 

Mungkin lepas ini kalau mereka menukarkan nama Johor buat kali keempat bintang tersebut pun menjadi bertambah menjadi empat.  Siapa tahu?

 

Foto Kredit: Free Malaysia Today