Piya ingatkan rakan sepasukan awasi Amri dan Safiq

 

Jika Selangor dalam usaha memburu ‘Misi 33′, skuad The Red Warriors juga mempunyai misi tersendiri menjelang pertemuan separuh akhir kedua di Shah Alam iaitu misi’ketiga-tiga’; yang bermaksud misi menjulang kejuaraan treble.

Pengurus Kelantan, Haji Azman Ibrahim berkata, “Kita sudah memenangi Liga Super dan Piala FA tahun ini. Jadi menjulang treble akan dijadikan motivasi buat pemain-pemain kita nanti”.

Azman bagaimanapun mengakui Bojan Hodak dan anak buah bakal menghadapi saingan getir dari Selangor  walaupon rekod pertemuan di Shah Alam kebelakangan ini berkelebihan kepadan Kelantan.

“Memang rekod kita agak baik di Shah Alam tapi saya sudah tegaskan kepada para pemain agar jangan terlalu bersandarkan kepada rekod lama kerana pertemuan kali ini lebih getir berbanding sebelum ini” kata Azman lagi yang ditemui ketika sesi latihan kelantan di Shah Alam semalam.

Berkelebihan 1 gol, Kelantan dilihat berpeluang cerah untuk melangkah ke final dan andai berjaya menjaringkan gol awal di Shah Alam nanti, pasti situasi ini menambahkan lagi tekanan Selangor.

Ketua pasukan, Badri Razi atau Piya berkata, Kelantan akan cuba menerapkan permainan counter-attack sambil percaya Selangor bakal menyerang berhabis-habisan dari awal permainan.

“Kita tak akan gentar dengan Selangor. Semua pemain sudah bersedia dan bermotivasi tinggi kerana masing-masing mahu mengutip pingat kejuaraan Piala Malaysia tahun ini” jelas Piya yang terlepas aksi di Kota Bharu akibat sakit mata.

Ketika ditanya siapakah pemain lawan yang perlu diberi perhatian, Piya menjawab Amri Yahya dan Safiq Rahim adalah 2 nama penting yang mampu menggugat gawang Kelantan.

“Amri beraksi semakin baik kebelakangan ini. Safiq pula diketahui dengan sepakan percumanya yang berbahaya. Jadi kita akan cuba mengelakkan foul terutamanya dibahagian pertahanan” kata Piya lagi.

Pada pertemuan pertama di Kota Bharu minggu lalu, Kelantan mencatat kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Norfarhan Muhamad.