Connect with:




Pengurus England, Gareth Southgate memuji aksi hebat yang dipamerkan Harry Kane berikutan kemenangan pasukannya membenam Panama 6-1, semalam.

Dia turut menegaskan bahawa penyerang Tottenham tidak akan ditukar untuk sesiapa sahaja yang ingin memerlukan khidmatnya.

Kane menjaringkan hatrik di Nizhy Novgorod seterusnya mengunci tempat mereka ke pusingan kalah mati.

Jaringan gol, dua penalti dan pesongan yang bernasib baik menjadikan Kane kini dekat dengan kasut emas dengan lima jaringan dari dua perlawanan.

“Dia berada dalam carta penjaring terbanyak ddi kedudukan atas. Kami tidak akan menukarnya kepada sesiapa dalam kejohanan itu kerana anda tahu bahawa, apabila dia mendapat peluang, dia akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Dai sanggup mengorbankan dirinya untuk pasukan dan dia sangat bijak bermain dengan bola apabila bola itu berada di ‘tangannya’,” jelas Southgate.

Dalam pada itu, Kane juga turut mendapat ribuan pujian dari peminat dalam talian tentang aksi rancak yang dipamerkannya semalam.

Foto Kredit: FB England Football Team