Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Valtteri Bottas mengumumkan persiapan mereka untuk bersaing bersama Ferrari di Grand Prix (GP) Kanada pada 11 jun.

Pelumba Mercedes itu menduduki tempat ke 7 pada perlumbaan lepas setelah membenarkan Sebastian Vettel dari Ferrari meraih tempat pertama.

Bagaimanapun juara tiga kali dunia itu berasa yakin kerana dia telah memenangai kejuaraan di sana sebanyak lima kali.

Bottas pula berkata, mereka tidak perlu panik kerana persaingan masih jauh tetapi kondisi kereta dan aspek mekanikal perlu dipertingkatkan lagi, ujarnya.

“Kami tercicir mata kepada Ferrari jadi kami memerlukan peningkatan dari segi kepantasan, kualiti dan aspek mekanikal. Di harap semuanya akan dapat membantu meraih kemenagan dalam tempoh terdekat ini” kata pelumba Finland itu.

Sekiranya mercedes gagal mendapat momentum kemenangan, mereka akan membenarkan Ferrari terus menjarakkan diri di puncak carta Kejuaraan Dunia Pemandu dan juga Kejuaraan Dunia Pengeluar.

Kedudukan Hamilton tercicir 25 mata di belakang Sebastian vettel yang berjaya meraih tiga kemenangan daripada enam perlawanan.

“Kami sedar Ferrari lebih pantas pasa masa ini tetapi kami akan tetap berusaha mengenal pasti isu yang kami hadapi pada perlumbaan lepas,” kata Hamilton.