Connect with:




Jurulatih Jerman, Joachim Low memberitahu pasukannya sememangnya layak keluar dari Piala Dunia selepas kekalahan mengejut 0-2 ke atas Korea Selatan, semalam.

Hal ini bermakna Jerman sebagai juara bertahan meneruskan trend dalam Piala Dunia sebelum ini yang menyaksikan juara terpaksa keluar pada awal pusingan dan diberi julukan ‘Sumpahan Juara-juara.”

Lebih mengharukan, Jerman yang menduduki tangga paling tercorot selepas kekalahan tersebut julung kalinya keluar dalam pusingan pertama dalam Piala Dunia sejak tahun 1938.

Jaringan gol penyerang Korea Selatan,  Kim Young-Gwon pada minit kecederaan dan penyerang Spurs, Son Heung-Min sudah cukup untuk menghantar mereka pulang ke rumah.

“Perkara ini adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan,” Low berkata selepas wisel terakhir.

“Ia juga merupakan detik bersejarah. Saya yakin ianya akan mencetuskan kekecohan rakyat di Jerman. ”

Sementara itu, Sweden menerajui carta kumpulan dengan kemenangan 3-0 ke atas Mexico, ia bermakna Jerman memerlukan tiga mata dalam aksi menentang Korea untuk melayakkan diri.

Kekalahan tersebut turut menandakan Low gagal mara ke aksi separuh akhir dalam tempoh 12 tahun dia mengemudi pasukan berkenaan.

“Pada kejohanan ini kami tidak berhak untuk menang lagi sekali atau mara ke pusingan 16. Kami telah gagal bukan kerana kami tidak mahu menang tetapi kami tidak diberi peluang untuk menguasai bola pada bila-bila pun.

“Kami cuba bersaing namun ketinggalan di belakang,” tambahnya.