Connect with:




Imej baharu bintang Arsenal, Mesut Ozil dengan rambut berwarna putih ternyata membuatkan ramai yang terkejut.

Ada yang mengatakan penampilan Ozil ini ‘sebiji’ dengan ketua pasukan wanita Amerika Syarikat, Megan Rapinoe.

Adakah Ozil sudah membuang tabiat atau memang bekas pemain kebangsaan Jerman ini mahu mencuba gaya yang baharu?

Dalam temubual bersama Sport Direct Football, Ozil mendedahkan punca sebenar dia menukar rambutnya kepada warna putih.

“Saya sebenarnya kalah pertaruhan (betting). Bukan saya seorang sahaja, Saed Kolasinac dan Shkordan Mustafi pun sama.

“Kami kalah kepada Alenxandre Lacazatte dalam satu permainan crossbar challenge” tambah Ozil.

Buat masa ini, hanya Ozil sahaja yang mengotakan janji menukar warna rambut. Adakah rambut Kolasinac dan Mustafi akan turut sama berwarna putih?