Skuad hoki negara tewas 2-3 kepada juara dunia, Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Walaubagaimanapun, perlawanan persahabatan antarabangsa itu dicemari dengan insiden pergaduhan ketika Malaysia kembali mengikat aksi 1-1.

Argentina membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila memperoleh jaringan menerusi sentuhan Lucas Villa pada minit ke-19 dan 48 dan Gonzalo Peillat (m-46).

Gol Malaysia pula disumbangkan oleh Nik Aiman Nik Rozemi (m-31) dan Azri Hassan (m-60).

Malaysia yang berada di ranking ke-12 dunia nampak seakan tidak bersungguh dan kurang tajam berbanding juara Olimpik itu yang tampak ‘bernafsu’ memburu gol.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan menentang Argentina esok sebelum memutuskna senarai 18 pemain untuk ke Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bermula Sabtu ini.

Antara pasukan yang menyertai saingan edisi ke-27 itu adalah Australia, Britain, India dan Ireland.

Foto Kredit : nakbebel(dot)com