Bintang  Real Madrid, Marco Asensio mendedahkan bahawa Zinedine Zidane percaya bakat yang diperolehi terutama pada kaki kirinya adalah yang terbaik pernah dilihatnya sejak Lionel Messi.

 

Pengurus Los Blancos itu sangat bangga dengan prestasi yang ditonjolkan oleh Asensio sejak dari penampilan pada permulaan musim setelah menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan.
Menurut laporan media, Zidane berkata penggunaan kaki kiri Asensio adalah yang terbaik pernah dilihat pada ketika ini selepas bintang Barcelona, Messi.

 
“Messi adalah antara salah satu pemain berbakat besar dan kaki kiri Asensio juga adalah yang terbaik. Sudah tentu saya berasa kagum dengan kelibat pemain muda ini berada di bawah bimbingan saya,” katanya.
Namun Real kini masih bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik selepas hanya mengumpul tiga mata daripada lima perlawanan.

Foto kredit: Marco Asensio Official Twitter Page