Siapa sangka pemain yang datang pada pertengahan musim tahun lalu, Paulo Josue Sturmer Dos Reis, bakal memberikan impak besar kepada kebangkitan Pasukan Warga Kota sehingga menjadi Johan Liga Perdana untuk tahun 2017.

Di sebalik kecemerlangan Guilherme De Paula yang merangkul kasut emas musim lepas, Paulo Josue seakan menjadi ‘unsung hero’ apabila menjadi arkitek utama untuk Kuala Lumpur apabila telah membuat 10 bantuan gol, 6 jaringan gol dalam hanya 9 perlawanan.

Paulo tiba di Kuala Lumpur pada April tahun lepas

Pemain yang berasal dari Brazil ini berazam untuk membantu Kuala Lumpur sekali lagi pada tahun ini setelah menyambung kontraknya pada awal tahun ini.

“Saya gembira berada disini walaupun ‘traffic-jam’ di KL sangat teruk,dan dengan bantuan Coach Fabio (Maciel), saya percaya kami mampu melakukan kejutan lagi tahun untuk tahun ini.” ujar pemain yang menjadikan Ronaldinho sebagai idola ini.

Kredit gambar : Media KLFA

” Tahun ini ramai nama-nama besar yang telah bersama Kuala Lumpur. Zaquan Adha, Indra Putra, Saiful Nizam dan Junior Apreciado menjadikan saingan untuk merebut kesebelasan utama amat susah. Indra merupakan ‘living-legend’ di Malaysia dan siapa tidak kenal beliau. Ia bakal menjadikan Coach Fabio pening kepala namun ianya pening kepala yang baik,” tambah pemain yang ramah dengan peminat ini.