MADRID : Malang tidak berbau buat kapten Real Madrid, Sergio Ramos apabila disahkan patah hidung ketika menentang Atletico Madrid, semalam.

Berlaku perselisihan faham antara pengadil, David Fernandez Borbalan dengan pemain Real Madrid apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti setelah kaki Lucas Hernandez hinggap di muka Ramos pada aksi terbabit.

Kecederaan dalam sukan sudah diibaratkan bagi satu risiko yang pasti bagi setiap atlet. Tambahan pula, sukan bola sepak.

Insiden teruk yang berlaku dalam sukan bola sepak :

Eduardo Da Silva

Februari 2008 menyaksikan Da Silva yang bermain untuk Arsenal longlai apabila menerima terjahan keras daripada pemain Birmingham City, Martin Taylor. Da Silva patah fibula kiri dan buku lalinya cedera teruk. Namun selepas setahun, Silava pulih sepenuhnya dan menyarung semula jersi Arsenal.

Francesco Totti

19 Februari 2006, perlawanan antara AS Roma menentang Empoli FC telah menyaksikan satu insiden yang menjadi titik hitam buat Francesco Totti apabila patah tulang di fibula kaki kiri dan putus beberapa ligamen. Kecederaan yang dialaminya ketika pertembungan dengan skuad lawan dirawat serta merta pada malam kejadian.

Djibril Cisse

Perlawanan pada tahun 2006 yang berlangsung di Saint Etienne, Perancis menyaksikan Djibril Cisse menerima terjahan keras daripada pemain pertahanan Shandong Luneng yang telah mengakibatkan Cisse patah kaki kanannya.

Ewald Lienen

Tahun 1981 , pemain tengah Jerman,Ewald Lienen cedera teruk pada kaki kanannya akibat terjahan keras daripada pemain pertahanan Werder Bremen dalam satu perlawanan.

 

Foto Kredit : Twitter (@SergioRamos), Goal.com.