Connect with:




Legenda Brazil, Kaka pecah tembelang apabila dia mengakui tidak serasi dan hilang fokus di bawah bimbingan Jose Mourinho semasa di Bernabeu.

Kaka sebelum ini mengantungkan butnya pada tahun lalu selepas me­nyertai Real pada musim panas 2009 dengan kos perpindahan 56 juta pound (RM309 juta) dari AC Milan.

Selain itu, Kaka turut bekerja keras untuk mendapatkan rentak dan meningkatkan tahap kecergasan sepanjang tiga tahun Mourinho mengendali kelab gergasi Sepanyol itu selepas mempamerkan pres­tasi memberangsangkan pada musim pertamanya di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

“Jose Mourinho merupakan jurulatih yang sukar untuk dibawa berbincang dan susah untuk saya menerimanya.

“Apabila saya menerima tawaran ke Real Madrid pada 2009, karier saya hancur disana kerana saya tidak diberi peluang seperti dimiliki semasa di Milan.

“Walaupun kami saling menghormati namun hubungan kami tidak baik. Apabila saya fikir dia akan memberi saya peluang, saya tidak boleh membuktikan bahawa saya berada dalam kelompok pemain terbaik.

“Saya sedar tidak dapat bekerjasama baik dengannya selepas saya tidak mendapat keyakinan dari jurulatih sedangkan saya berlatih, berjuang dan banyak berdoa,” katanya.

Kaka memenangi Ballon d’Or ketika bersama Milan namun dia tetap berdepan kesukaran untuk mengekalkan reputasinya apabila dia sering dipersalahkan apabila melibatkan hubungannya dengan Mourinho. – REUTERS

Foto Kredit: Football365