Gara-gara kecederaan hamstring dan lutut yang dialami, ia memaksa Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki untuk menukar acara.

 

Dia yang lebih dikenali sebagai Kak Ya, menerima arahan dari jurulatihnya, Victor Sotnikov agar menukar haluan ke acara Heptatlon yang lain.

 

Heptatlon adalah disiplin bagi acara balapan yang terdiri daripada, 110 meter, lari perpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, 200m, 800m, dan merejam lembing.

 

Dia yag menukar haluan itu akan menyertai beberapa kejohanan dalam negeri tahun hadapan, namun begitu, jika ada kejohana yang besar dia akan mengutamakan acara lompat jauh kerana dia percaya akan kemampuannya dalam acara itu.

 

Dia juga mengakui tidak berpuas hati dengan prestasinya yang kurang konsisten sejak Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia di Perak akibat daripada kecederaan lutut dan hamstring yang dialamiya itu.

 

 

Dia mengakui kurang selesa dalam acara heptatlon, namun atas arahan jurulatih dia akan giat berlatih untuk menaikkan prestasinya dalam sukan ini.