Connect with:




Dengar sahaja permainan video, pasti ramai yang terbayang Mobile Legend, PUBG, Fortine, FIFA dan pelbagai lagi.

Boleh dikatakan hampir setiap remaja dan kanak-kanak ketagih dengan permainan video ini walaupun tidak pernah terhenti menceritakan keburukan permainan video ini.

Begitu juga ibu bapa sentiasa risaukan anak-anak mereka sekiranya paparan keganasan dalam permainan video tersebut akan mempengaruhi corak kelakuan anak mereka.

Terbaru, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Oxford telah membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai bukti bagi membuktikan permainan video dengan keganasan.

Kajian tersebut juga tidak dapat membuktikan adanya peningkatan kelakuan ganas dalam diri remaja dan kanak-kanak yang bermain permainan video.

Menurut Professor Andrew Przybylski dari Institut Internet Oxford, idea kajian bahawa permainan video yang berunsur ganas mampu memberi kesan buruk ini sangatlah popular tetapi ia sudah lama tidak dikaji semula.

“Perkara ini selalu dibincangkan oleh ibu bapa, tetapi ia sebenarnya tidak memberikan kesan buruk kepada remaja dan kanak-kanak dalam bentuk keganasan,” ujarnya dalam Daily Star.

Andrew juga turut berharap kajian itu dapat menamatkan persepsi negatif masyarakat terhadap permainan video yang sentiasa dikaitkan dengan keganasan.