Connect with:




 

Ketua jurulatih Kelantan dan pengarah teknikal KAFA, Fajr Ibrahim yang diberi kuasa sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terhadap pemain dan pasukan tidak menunggu lama untuk melakukan rombakan besar-besaran terhadap kelab The Red Warriors (TRW).

KAFA terus mengambil langkah tegas dengan mengugurkan seorang demi seorang pemain yang sudah tidak diperlukan lagi oleh pasukan untuk saingan musim ini. Biarpun nampak drastik namun ini sudah tentu satu langkah terbaik untuk pasukan Kelantan.

Antara pemain yang sudah digugurkan oleh pasukan TRW adalah, Ferdinand Sinaga, Sukri Abd Hamid, Hattaphon Bun An, Nor Farhan Muhammad, Tengku Qayyum dan beberapa lagi pemain yang kurang dapat tempat dalam pasukan.

Pemain import Kelantan, Bruno Lopes antara nama yang disebut-sebut akan di singkirkan oleh KAFA selain empat lagi pemain yang bakal menyusul kerana sekarang ini pihak KAFA masih mencari kelab untuk empat pemain ini.

Ketua jurulatih Kelantan juga telah mengeluarkan peraturan baru kepada pemain dan pegawai pasukan seperti pakaian seragam semasa latihan, tiada lagi stoking pendek ketika latihan, telefon tidak dibenarkan ketika di padang latihan dan bilik persalinan, setiap pemain perlu tepati masa dalam apa jua aktiviti bersama pasukan dan beberapa lagi peraturan baru.

Tindakan ini juga salah satu cara mengawal pemain dari terus berasa besar dari kelab. Pasukan Kelantan nampak begitu serius untuk kembali mengubah pasukan menjadi sebuah pasukan yang hebat apatah lagi ini mereka sedang bergelut dalam saingan Liga Super musim ini.

Foto Kredit : Persatuan Bolasepak Kelantan – Kelantan FA