Tengku Qayyum Ubaidillah secara rasminya telah dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada hari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan melalui media sosia miliknya yang memuat naik gambar beliau bersama Qayyum.

Qayyum yang baru sahaja menyertai pasukan The Red Warriors (TRW) awal tahun ini dari Sime Darby nampaknya jodohnya tidak berpanjangan.

Qayyum sebelum ini pernah menyertai beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan dan Sime Darby. Ketika bersama dengan skuad Hoben Jang Hoben, beliau pernah muncul juara Piala Malaysia (2009, 2011), Piala FA (2010) dan Piala Sumbangsih (2012).

Dengan pengalaman yang luas beliau ada ketika bersama Sime Derby, beliau juga berjaya membantu pasukan ini muncul juara LIGA FAM pada 2017 dan kembali ke Liga Perdana 2019. Hasrat untuk terus menakbur bakti bersama Sime Darby tidak kesampaian apabila pihak pengurusan telah menarik diri dari saingan liga bola sepak Malaysia.

Selamat maju jaya kepada Tengku Qayyum!!

Foto Kredit : Bibi Ramjani Ilias Khan