Connect with:




Kekosongan takhta juara welterweight dunia ONE Championship yang ditinggalkan Ben Askren kini telah diiisi jaguh MMA Sweden, Zebastian Kadestam pada Sabtu lalu.

Berlangsung sempena ONE: WARRIOR’S DREAM di Stadium Istora, Kadestam berjaya menundukkan pencabarnya dari Amerika Syarikat, Tyler McGuire menerusi tumbukan KO pada pusingan kelima.

Zadestam yang pernah menghuni penjara pada usia mudanya kini boleh berbangga kerana sukan tempur yang telah mengubah hidupnya ke arah positif telah berjaya membawanya menjadi seorang juara dunia.

Dalam satu lagi pertarungan tumpuan, bintang MMA Indonesia, Priscilla Hertati Lumban Gaol menceriakan penyokong tuan rumah selepas menewaskan Angelie Sabanal dalam satu pertembungan sengit yang akhirnya ditentukan menerusi keputusan berbagi dari barisan juri.

Sementara itu, satu-satunya wakil Malaysia yang turun ke gelanggang pada malam tersebut ialah bekas pemenang pingat emas tinju Sukan SEA 2005, Eddey Kalai yang beraksi menentang atlet tuan rumah, Egy Rozten.

Eddey memulakan pertarungan dengan meyakinkan selepas dua kali hampir menewaskan lawannya menerusi cekikan leher dan tumbukan bertubi-tubi namun kredit kepada Egy yang menampilkan skil bertahan mengagumkan hingga berjaya melepasi cengkaman Eddey.

Pada minit ke 3.15 dalam pusingan pertama, Egy berjaya menghayun satu tumbukan yang terus membuatkan Eddey terbangun. Eddey bagaimanapun kelihatan masih mampu bertarung dan segera bangun namun pengadil, Yuji Shimada menghentikan perlawanan sehingga membuatkan ramai mempersoalkan kewajaran Shimada yang terlalu awal memberikan kemenangan buat Egy.

ONE Championship selepas ini akan singgah ke Manila, Filipina untuk acara ONE: CONQUEST OF CHAMPIONS yang menampilkan Brendon Vera dalam usaha mempertahankan tali pinggang heavyweight dunia menentang Mauro Cerilli serta pertarungan tali pinggang light heavyweight antara eduard Folayang dengan Amir Khan pada 23 November ini.