Kejayaan Yerry Mina selaku penyerang tengah telah berjaya menjaringkan dua gol bagi membantu Columbia menang 4-0 ke atas juara Afrika Cameroon, pada aksi pagi semalam.

Pasukan Cameroon terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Robert Ndip Tambwe dilayangkan kad merah sekaligus memberi peluang kepada Columbia menjaringkan gol dari James Rodriquez dan Jose Izquierdo pada  pagi semalam.

Cameroon perlu meningkatkan mutu permainan mereka sebelum bertemu dengan juara Copa Amerika, Chile pada aksi pembukaan Piala Konfederasi di Moscow awal pagi isnin ini.

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Tambwe dilayangkan kad merah menyebabkan keadaan semakin sukar untuk bangkit setelah Rodriguez dan Mina berjaya membuat dua jaringan.

Pada minit ke-51 Mina berjaya meledakkan gol keduanya dan diikuti dengan Izquierdo melengkapkan kemenangan enam minit sebelum tamat permainan.

Columbia bakal menentang Venezuela dan Brazil pada Ogos dan September ini untuk kelayakkan Piala Dunia 2018.

Columbia berasa selesa walaupun kini berada di kedudukan yang kedua zon Amerika Selatan.