Connect with:




Juventus berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspurs untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-3 di pusingan kedua peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Spurs yang bermain di halaman sendiri dan di depan penyokong setia mereka memulakan perlawanan dengan tempo permainan laju dengan asakan demi asakan dalam usaha mencari gol awal.

Foto Kredit : Tottenham Hotspur

Heung-Min Son hampir membuka jaringan pada minit ke-3 untuk Spurs namun rembatan beliau berjaya di tempis keluar oleh penjaga gol Junventus, Gianluigi Buffon. Spurs akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Heung-Min Son menjaringkan gol pada minit ke-39 sekali gus menceriakan penyokong tuan rumah.

Juventus terpaksa menunggu hingga minit ke-64 untuk menyamakan kedudukan menerusi penyerang mereka, Gonzalo Higuain untuk kembali mengikat kedudukan 1-1. Spurs yang tersentak dengan jaringan itu cuba memperkemaskan kembali rentak permainan mereka.

Namun belum sempat mereka mengatur kembali permainan, Paul Dybala terus menghukum tuan rumah berselang tiga minit selepas itu apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 dan merupakan gol kemenangan kepada Juventus.

Dalam satu lagi perlawanan, Basel mengejutkan tuan rumah dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City namun skuad Pep Guardiola tetap layak ke suku akhir dengan kemenangan 5-2 secara agregat.

Foto Kredit : fb Juventus