Connect with:




ROME (AP), Miralem Pjanic menjaringkan penalti kontroversial Juventus bagi menundukkan kunjungan Atalanta 1-0 semalam untuk melangkah ke kejuaraan final Piala Itali.

Dalam pada itu, pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi hanya sedikit tersentuh dari belakang dengan Gianluca Mancini ketika berusaha untuk bertemu silang pada minit ke-74.

Namun, pengadil megesahkan penalti itu setelah menonton VAR dan Pjanic melakukan sepakan penalti ketika penjaga gol, Etrit Berisha melompat ke sudut kanan.

Juventus terus mara ke final dengan agregat 2-0 berikutan gol Gonzalo Higuain di perlawanan pertama.

Kejohanan final yang akan berlangsung pada Mei nanti menyaksikan Juventus akan berdepan sama ada Lazio atau AC Milan di Roma.

Sementara itu, kali terakhir Juventus memenangi Piala Itali tiga tahun lalu dan kelab iru mencatatkan 12 kemenangan secara keseluruhan.

Juventus juga dijangka menjadi tuan rumah Atalanta di Serie A pada hari Ahad tetapi perlawanan itu ditangguhkan pada 14 Mac. -AFP

Foto Kredit: Juventus(dot)com