Connect with:




Manchester United dibawah kendalian Jose Mourinho mengejutkan Juventus dengan ledakan dua gol dalam lima minit terakhir seterusnya mengalahkan juara Itali yang berlangsung di Turin.

Hal ini sekali gus merapatkan peluang untuk mereka layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Kegembiraan Juventus menerusi Cristiano Ronaldo yang mencetak gol pertama pada minit ke-65 dengan aksi cemerlang terhenti apabila Juan Mata menyamakan kedudukan pada minit ke-86 melalui sepakan percuma sebelum Alex Sandro tertampan bola ke gawang sendiri selang tiga minit kemudian.

Juventus pula banyak melepaskan peluang menerusi Paulo Dybala dan Sami Khedira sebelum stadium tuan rumah  yang dipenuhi seramai 41,470 penonton meriah dengan cetakan gol pertama pemain berusia 33 tahun itu selepas dia menerima hantaran daripada Bonucci.

Dalam pada itu, Mourinho yang tampak bangga keluar dari Allianz Stadium berjaya mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan- dua mata di belakang pendahulu kumpulan H iaitu Juventus.

Untuk rekod, ia merupakan gol kelapan yang dijaringkan Ronaldo bagi musim ini selepas dia berhijrah ke Turin dari Real Madrid.

Foto: Manchester United