Kemenangan 2-0 menentang Genoa malam tadi sudah cukup memadai buat Juventus untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Itali.

 

Dengan kemunculan Paolo Dybala dalam kesebelasan utama menunjukkan impak yang bagus apabila berjaya meledak untuk jaringan yang pertama selepas Gonzalo Hugain berjaya menghukum gawang lawan untuk gol yang kedua.

 

Bagi penjaring kedua, Hugain, dia gembira melihat Dybala yang kembali mendapat sentuhannya yang sebenar dan mengharapkan dybala terus mengekalkan prestasi cemerlangnya.

 

Sementara itu, Torino berjaya menumbangkan AS Roma 2-1 untuk melangkah ke peringkat suku akhir dengan bertemu Juventus di Turin.

 

Ketangkasan penjaga gawang Torino, Vanja Milinkovic menidakkan setiap cubaan Roma untuk menyerang hingga ke minit akhir perlawanan.

 

Malah, tuan rumah cuba bangkit hasil jaringan Patrik Schick pada minit ke-85, namun ia masih tidak mampu menghalang kemaraan Torino ke suku akhir.