Connect with:




Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone memberi amaran bahawa Juventus bukanlah sekadar mengenai penyerang Cristiano Ronaldo apabila pasukanya ingin mencuri peluang di Turin dan meneruskan cabaran mereka bagi menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) 2019.

Atletico berjaya mendahului 2-0 menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 dengan Juventus di Stadium Allianz pada awal pagi esok dan jelas bahawa Atletico adalah pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir seterusnya menafikan seterunya yang menandatangani Ronaldo dari Real Madrid musim panas lalu dengan matlamat untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1996.

“Anda tidak boleh hanya bercakap tentang Ronaldo, Juventus adalah pasukan yang hebat dengan ramai pemain terbaik dunia yang digunakan untuk memberi tentangan dalam perlawanan penting dan mereka sangat kuat di bahagian pertahanan dan saya mengakui mempunyai tekanan meskipun mempunyai kelebihan.

“Ini adalah dua perlawanan berbeza, kami perlu merebut semua peluang dan melakukan yang terbaik, kami yakin cabaran lagi sengit dan kami tidak mempunyai banyak peluang berbanding pada perlawanan pertama.

“Ini adalah dua pasukan yang kuat, satu akan layak dan satu lagi akan tersingkir. Sangat sukar untuk bercakap tentang siapa yang akan jadi pasukan pilihan,” jelas Simeone.

Atletico bagaimanapun mengalami kebimbangan terhadap senarai pemain yang mengalami kecederaan tetapi Simeone mengesahkan pertahanan tengah Diego Godin sudah boleh beraksi.

“Godin sudah pulih, beliau akan berlatih hari ini dan saya menjangkakan dia akan bermain esok, saya akan gunakan dengan apa yang saya ada,” katanya.

Sementara itu, berita mengenai juara bertahan Eropah, Real Madrid yang telah tersingkir dari persaingan berkaitan kepulangan kembali Zinedine Zidane sebagai jurulatih gergasi Sepanyol itu.

Namun Simeone enggan mengulas mengenai kepulangan Zidane ke Santiago Bernabeu setelah lebih sembilan bulan selepas dia meletak jawatan.

“Dengan segala hormatnya yang saya tidak layak untuk bercakap mengenai Zidane ketika perlawanan antara Atletico dan Juventus yang akan berlansung,” kata bekas pemain tengah Argentina itu.

Selain itu, pemain tengah Atletico, Koke memberi amaran bahawa mereka sudah bersedia untuk bertemu dengan Juventus yang dominan di Itali namun terus berjuang untuk mendapatkan kejuaraan Eropah.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku di Liga Juara-Juara, banyak bergantung kepada bagaimana kita memulakan permainan.

“Mereka pasti akan menyerang dalam pelbagai cara untuk mendapatkan jaringan dan kami bersedia untuk mempertahankan kubu pertahanan kami.

“Kami tahu bahawa kami menghadapi pasukan hebat, kami bermain sangat baik di Wanda Metropolitano dan kami yakin kami dapat melakukan perkara yang sama, tetapi kami perlu sepenuh tumpuan dalam perlawanan ini,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu. –AFP

 

Foto : Atletico Madrid