Connect with:




Populariti pemainan pertempuran royale, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah berkembang dengan begitu cepat dan telah siap sedia untuk muncul dalam konsol PS5 nanti. Percaya atau tidak terdapat satu laporan mengatakan terdapat seorang jutawan sedang merancang untuk mengajurkan pertempuran sebenar seperti yang dimainkan di dalam PUBG di mana terdapat 100 pemain di sebuah pulau terpencil akan berperang.

Jutawan yang tidak mendedahkan identitinya sedang dalam proses mencari seseorang untuk membantu mereka merancang acara royale pertempuran yang melibatkan 100 orang yang akan berlaku di sebuah pulau persendirian yang diadakan selama tiga hari berturut-turut.

Para pekerja yang membantu mereka akan diberikan gaji lumayan iaitu sebanyak £1500 (RM 8,093) setiap hari selama enam minggu.

Namun jangan dirisaukan kerana pemain bukan membunuh pihak lawan dengan menggunakan senjata api yang sebenar tetapi hanya menggunakan senapang Airsoft sahaja. Tembakan yang mengenai pemain akan dikesan melalui baju perisai badan sensitif sentuhan untuk acara tiga hari tersebut.

Foto: Hush Hush

Meskipun, pertandingan tersebut mengambil masa selama tiga hari, pemain hanya akan bertempur selama 12 jam sehari sahaja dan pemain perlu tidur di khemah pada waktu malam. Pertandingan ini juga akan diberikan makanan oleh pengajur, maka pemain tidak akan lapar ketika pertandingan.

Pemain terakhir yang masih ‘hidup’ akan dipilih sebagai pemenang dan hanya yang mendapat ‘Winner Winner Chicken Dinner’ akan membawa pulang hadiah kemenangan berniai £100,000 (RM539,647), bukanlah nilai yang kecil.

Foto: Hush Hush

Menariknya jutawan tersebut mendakwa tidak mahu menjadikan ia satu-satunya acara tetapi rancangannya itu akan dijadikan acara tahunan. Walau bagaimanapun, acara ini masih tidak menyatakan bahawa akan disiarkan ke seluruh dunia ataupun penonton tertentu sahaja.

Acara ini dikatakan berada di peringkat awal perancangan seperti tidak ada jaminan ia akan berlaku pada akhirnya. Oleh itu kita tidak perlu terlalu berharap dan hanya menunggu keputusan selepas ini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang pekerja dan pembantu untuk membangunkan acara ini, anda boleh mengisi borang di laman Hush Hush https://www.hushhush.com/battle-royale-event-gamemaker/ . –Hush Hush

Foto: Xbox Australia