Connect with:




Kekurangan yang dimiliki Muhammad Afiq Ali Hanafiah, 23,  tidak menjadi penghalang buatnya untuk menjadi salah seorang jurupandu kepada atlet para yang lain untuk membimbing mereka ketika latihan dan menjadi jurupandu semasa kejohanan.

 

Dia yang menjadi jurupandu bagi kategori atlet para, buta sepenuhnya (T11) dalam kejohanan pada 2013.

Bagi kategori ini, atlet dibenarkan untuk berlari bersama jurupandu untuk memberi arahan yang betul buat atlet, hal ini berpunca daripada atlet para T11, T12, 13 yang mempunyai masalah dalam penglihatan.

 

“Ianya tidak semudah yang dijangka kerana kesefahaman antara atlet yang bertanding dan jurupandu perlu baik,

 

“Jika mereka mempunyai masalah dalam komunikasi, mereka akan menghadapi kesukaran dan berisiko tinggi buat atlet yang bertanding memasuki lorong atlet lain dalam kejohanan yang mereka sertai itu,” katanya atlet berusia 23 tahun ini.

 

Maka, ketika bertanding mereka akan dipasangkan tali antara atlet bertanding dan jurupandunya, kemudian arahan akan diberikan berdasarkan tali yang dipasang kepada mereka.

 

Sila dapatkan dapatkan cerita lebih lanjut di majalah Dunia Sukan Edisi 60 yang akan dipasarkan pada Januari 2018 di kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.