Kuala Lumpur: Manusia Durjana. Itulah yang boleh digambarkan kepada seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan selepas dipercayai merogol seorang wanita yang juga merupakan atlet renang negara.
Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis KOntijen Kuala lumpur, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Suspek ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis selepas anak mereka menceritakan kejadian itu.
Menurutnya, setakat ini, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan kan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.
Berdasarkan siasatan, kejadian rogol berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam kenyataannya mengesahkan setakat ini pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.