Arena badminton negara digegarkan dengan pemilihan Vountus Indra Mawan Saniru sebagai jurulatih baharu beregu lelaki negara.

Tugasan itu meletakkannya sebagai pengganti Jeremy Gan yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Pelbagai spekulasi yang terbit akibat pemilihan ini.

Hal ini kerana Vountus masih muda dan kurang pengalaman dalam arena jurulatih di peringkat senior.

Sementara itu, Vountus berusia 28 tahun dan pernah membantu skuad negara meraih gangsa di Kejohanan Universiti Dunia (WUC 2014) dalam acara beregu campuran ketika bergandingan bersama Lee Meng Yean.

Bekas pemain kelahiran Sabah itu juga pernah muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada 2014 dan pernah bergandingan bersama pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem.

Dunia badminton negara masih memiliki beberapa calon seperti Yap Kim Hock dan Datuk Seri Jalani Sidek yang dilihat lebih layak berdasarkan tahap pencapaian mereka.

Namun, perlantikan Vountus menjadi tanda tanya kepada semua pihak.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat tidakan berani mati apabila sanggup mempertaruhkan jurulatih muda yang akan mengemudi skuad negara yang rata-rata sebaya dengannya.

Difahamkan, Vountus diberi tempoh percubaan selama tiga bulan sebelum memberi kontrak dua tahun.

BAM memiliki 15 pemain pelapis beregu lelaki yang dijangka dibimbing oleh Vountus.

Mereka ialah Amir Syazwan Al Razi Shahriman Bakhtiar, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei, Syazmil Idham Zainal Abidin, Wong Wai Jun, Tan Wee Gieen, Shia Chun Kang, Tan Jinn Hwa, Low Hang Yee, Soh Wooi Yik, Ian Wong, Tan Chee Tean, Man Wei Chong, Kwek Yee Jian serta Ng Jia Jun.

 

Foto Kredit: BAM