Connect with:




 

Copa90 merupakan platform penghasil konten-konten menarik bola sepak dari konteks peminat. Siapa tidak kenal mereka, di laman Youtube sahaja mereka mempunyai lebih dari 1.5 juta subscribers!

Anda boleh lihat channel mereka di pautan ini >>>
https://www.youtube.com/user/Copa90football

Crew DSTerjahRusia berpeluang untuk mengunjungi ‘clubhouse’ ataupun pusat pengumpulan peminat-peminat bola sepak Piala Dunia di Moscow tempoh hari. Ia diadakan sepanjang Piala Dunia berlangsung disebuah ‘event-space’ di tengah-tengah bandar Moscow. Alamat mereka anda boleh dapati di Rochdelskaya Street, 15с31, Moskva, Russia, 129110.

Bergambar kenangan di hadapan ‘wallpaper’ Copa90

Setibanya kami di sana kami disambut oleh seorang gadis dari Australia, yang memperkenalkan diri sebagai Jane dan bertugas menjaga ‘clubhouse’ pada hari itu. Untuk pengetahuan anda, di ‘clubhouse’ tersebut akan diadakan ‘live-viewing’ setiap perlawananan Piala Dunia untuk mereka yang hadir.

Ruangan ‘live-viewing’

Selain itu, terdapat juga satu ruangan khas untuk galeri gambar dan lukisan yang disumbangkan oleh para peminat bola sepak dari Moscow. Kebanyakan gambar-gambar yang dipamerkan merupakan abstrak lukisan mengenai personaliti bola sepak  terkenal manakala gambar-gambar pula terdiri daripada lokasi stadium bola sepak yang menganjurkan Piala Dunia seluruh Rusia.

Kebetulan ketika krew DSTerjahRusia hadir kesana ialah ketika perlawanan diantara Colombia menentang Poland. Terdapat beberapa penyokong kedua-dua pasukan yang tidak berkesempatan ke stadium menonton perlawanan di situ bersama orang-orang tempatan dari Moscow.

Terdapat ruangan menjual cenderamata dan air

Setelah kami berkenalan beramah-mesra bersama Jane, beliau telah menawarkan untuk menerima sedikit cenderamata daripada Copa90 berupa pelekat stiker dan juga poskad yang bermotifkan bola sepak Piala Dunia. Anda berpeluang untuk memiliki cenderamata ini namun anda kena tunggu pengumuman rasmi kami mengenai ‘giveaway’ ini ya!

Nantikan ‘giveaway’ COPA90 dari kami

Sebelum kami pulang, kami melepaskan penat dan lenguh-lenguh badan berjalan seharian dengan mencuba permainan video Play Station 4 FIFA 2018 yang disediakan oleh pihak Copa90 di tingkat atas ‘clubhouse’ tersebut. Hampir terleka juga kami dibuatnya dek kerana suasana nyaman dan sejuk disitu!

Saranan kami, kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman keseronokan bola sepak dari sudut pandangan peminat, anda haruslah berkunjung ke lokasi-lokasi ‘clubhouse’ yang dianjurkan oleh Copa90 ini jika berkesempatan.

Ikuti pengalaman kami di sana secara visual pada minit 6.46 video siri DSTerjahRusia episod ini>>>