Connect with:




Saransk merupakan salah satu daripada 9 bandar yang telah dipilih untuk menjadi host city atau tuan rumah untuk Piala Dunia Rusia kali ini. Ianya merupakan ibu negeri kepada daerah Mordovia, daerah kecil yang terletak bersebelahan Moscow.

Oleh kerana pembelian tiket saat akhir, Krew DSTerjahRusia tempoh hari telah ‘dijodohkan’ dengan perlawanan yang bertempat di daerah yang boleh dikatakan agak terpencil dari Ibu Kota Rusia itu. Namun, sepanjang keberadaan kami disana merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dalam mengenali apa itu budaya orang Slavic dan bola sepak.

Kedudukan Saransk kira-kira 700km dari Bandar Moscow

Hari ke-3 berada di negara Vladimir Putin membawa kami ke Saransk, sebuah bandar terpencil yang mempunyai populasi hanya lebih kurang 200,000 ribu orang, bersamaan negeri Perlis yang merupakan negeri terkecil dalam Malaysia. Setibanya kami disana, kami kagum dengan lapangan terbang mereka, sangat kecil dan comel. Jika anda pernah menonton filem The Secret Life Of Walter Mitty, anda akan mengalami perasaan yang sama ketika mendarat di lapangan terbang yang hanya mempunyai 1 ruang untuk kapal terbang untuk satu ketika.

 

 

Kami menginap di Hostel Mathreska, yang terletak  lebih kurang 6 kilometer dari lapangan terbang Saransk International Airport (SKX). Oleh kerana kawasan ini merupakan kawasan luar bandar, kami mengalami sedikit kesukaran untuk berkomunikasi walaupun dengan receiptionist hostel. Walaupun begitu, layanan yang kami terima amat menyenangkan (walaupun menggunakan Google Translate!)

Hotel Matreshka yang terletak sedikit luar dari pusat bandar

Misi mencari makanan halal bermula keesokan harinya di bandar bertuah Saransk. Dengan hanya berbekalkan google maps, kami bergerak menuju ke pusat bandar Saransk menaiki bas percuma yang disediakan oleh FIFA. Syarat untuk anda menggunakan bas percuma ini ialah anda perlu mempunyai FIFA fan ID (rujuk Jurnal pertama di pautan >>> https://duniasukan.com/jurnal-dsterjahrusia-kutip-fifa-fan-id-di-stesen-dobrinskaya/

Terdapat dua kedai makanan halal di Saransk dan kami berkesempatan untuk mencuba kedua-dua hidangan di kedai tersebut. Kedai tersebut ialah BurgerBoom & sebuah kedai Tartar  terletak di pusat bandar Saransk. Walaupun tidak berapa kena dengan selera tekak, namun oleh kerana mahu mengisi perut untuk memberi tenaga kami telan sahaja apa yang dihidangkan!

Makanan di BurgerBoom, semua jenis burger halal disediakan tapi nak ‘order’ kena guna google translate!

Makanan di Restoran Tartar di tengah pusat bandar Saransk. Telan!

Bergambar kenangan di Restoran Tartar

Rakyat tempatan yang tinggal di Saransk boleh dikatakan lebih mesra jika mahu dibandingkan mereka yang tinggal di Moscow. Mungkin kerana faktor luar bandar dan terpinggir dari kemajuan. Sepanjang keberadaan kami disana, kami selalu dibantu oleh bukan sahaja sukarelawan FIFA, malahan rakyat tempatan yang tidak mengenali kami.

Ikuti Jurnal bahagian kedua nanti untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bandar kecil Saransk ini! Anda juga boleh menonton perjalanan kami di sana melalui video DSTerjahRusia episod 3 di pautan >>> https://www.youtube.com/watch?v=-H_G10JSB9o&t=5s