Connect with:




Seperti yang pembaca semua maklum, Dunia Sukan berpeluang untuk mengikuti sendiri pengalaman menonton Piala Dunia yang kini sedang berlangsung di Rusia ketika ini.

Dalam video Episod Pertama [01] DS Terjah Rusia, hari pertama krew DSTroopers tiba di Kota Metropolitan Moscow kami diisi dengan proses mendapatkan ‘visa’ buat peminat bola sepak di kejohanan berprestij dunia itu.  Visa yang dimaksudkan ialah FIFA Fan ID. Dengan mempunyai sekeping kad ala-ala fasilitator orientasi ‘universiti’ ini, anda akan mendapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak FIFA.
Proses Memohon Bermula Di Malaysia

Terdapat beberapa proses tertentu sebelum kami dapat memiliki FIFA Fan ID ini. Ianya sudah boleh mula dimohon di laman web www.fan-id.ru. Tetapi, sayarat utama untuk  mempunyai tiket perlawanan untuk Piala Dunia  sebelum memohon fan ID ini.

Proses permohonan secara online perlu dilengkapi terlebih dahulu sebelum bertolak ke Rusia memandangkan Fan ID ini akan bertindak sebagai ‘visa’ kami untuk melepasi sempadan negara itu.

Hari Kejadian Mendapatkan FAN ID

Setibanya kami di hotel penginapan (Ozerkovskaya Hotel) kami di Moscow, kami sudah berkira-kira melihat peta untuk menuju ke pusat untuk mengutip Fan ID di tengah-tengah bandar. Rupa-rupanya jarak untuk ke sana hanya satu perhentian kereta api bawah tanah sahaja.

Hotel Ozerkovskaya berhampiran Stesen Paveletskaya

Kami bergerak menuju ke Stesen Dobrinskaya daripada Stesen Paveletskaya dengan kos 55 rubles (+-RM 3.50). Setibanya kami di Stesen Dobrinskaya, terdapat banyak ‘sign-board’ menunjukkan jalan untuk ke tempat ‘FIFA Fan ID collection’ yang hanya 600 meter dari situ.

Stesen kereta api bawah tanah Dobrinskaya

Bangunan yang menempatkan tempat mengutip fan ID agak kecil namun kami terlebih dahulu telah disapa dengan ramah sekali oleh sukarelawan FIFA yang terdiri daripada gadis-gadis Rusia dari universiti tempatan.

 

Gadis di kaunter permohonan.’On’ tak ‘on’?

Proses mendapatkannya mudah sekali, kami hanya perlu mengisi beberapa borang tambahan dan sertakan bukti tiket dan dalam masa hanya 5 minit, nama akan dipanggil untuk menerima FAN ID masing-masing.

Suasana didalam pusat pengutipan

Fungsi FAN ID

Selain bertindak sebagai visa, FAN ID ini juga boleh diguna pakai sebagai tiket untuk pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak FIFA di venue perlawanan. Kami berkesempatan untuk menggunakan bas bagi menuju ke stadium yang berdekatan dan juga ke Fan Festival yang berada di pusat bandar Moscow.

Terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan, antaranya kereta api antara bandar, kereta api laju lapangan terbang dan pelbagai lagi. Namun kesemua ini hanyalah dapat digunakan ketika hari perlawanan sahaja.

Bergambar dihadapan bas percuma yang disediakan FIFA

Rupa bentuk FAN ID

Bagi bukan rakyat Rusia seperti, Fan ID yang terpapar di dada bertindak sebagai penanda kepada rakyat tempatan untuk memberikan pertolongan kepada kami sekiranya berdepan kesulitan.

Anda boleh menonton hari kejadian kami mengambil FIFA FAN ID berhampiran Stesen Dobrinskaya di pautan >>>>

Ikuti pengalaman kami menerjah Rusia dalam jurnal dan video di laman web Dunia Sukan dan Channel Youtube Dunia Sukan. Nantikan!