Pelumba wanita negara, Jupha Somnet berjaya merangkul pingat emas pertama buat negara bagi acara points race akhir wanita di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, di sini sebentar tadi.

Pelumba kelahiran negeri Perlis itu berjaya mengetepikan cabaran hebat dari pasukan gergasi Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan untuk memungut 35 mata secara keseluruhan.

Tempat kedua diraih oleh Xiaojuan Diao dari Hong Kong manakala gangsa menjadi milik Ke Xin Zeng dari Taiwan.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama pelumba Polis Diraja Malaysia itu meraih emas di ACC selepas melakukan beberapa percubaan sejak 2014.

Sumber: Kosmo

Foto Kredit: Upclosed.com