Selepas Indra Putra Mahyudin dan Firdaus Fauzi, Skuad Ibu Kota semakin aktif di pasaran perpindahan apabila mengumumkan satu lagi nama menyertai mereka hari ini.

Pemain kebangsaan Timor Leste kelahiran Brazil, Junior Aparecido Guimaro de Souza atau Juninho memilih untuk menyertai Kuala Lumpur FA setelah sebelum ini berkelana ke Qatar (Al-Markhiya) dan Brazil (Boa Esporte).

Beliau yang boleh beraksi di bahagian tengah dan sayap itu bakal memperkuatkan lagi serangan Kuala Lumpur setelah kehadiran penjaring terbanyak musim lepas iaitu Guilherme De Paula.