Connect with:




Pemain muda negara, Akhyar Rashid yang cemerlang ketika membantu pasukan Bawah 23 tahun negara ketika kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) Mac lalu kini menjadi perhatian kelab dari Liga Perdana Belarus, BATE Borisov untuk menguji pemain berusia 20 tahun itu dalam masa terdekat.

Akhyar kini bersama pasukan selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) setelah berhijrah dari Kedah musim ini berjaya menjaringkan 1 gol dalam 10 penampilan dalam Liga Super Malaysia. Serta baru-baru ini harga pasaran yang dibuat di laman web Transfer Market meletakan Akhyar Rashid dikedudukan ketiga pemain bawah 22 tahun negara dengan nilai pasaran sebanyak RM242,000. Walau bagaimanapun, JDT telah menandatangani Akhyar dengan kontrak empat tahun dan mempunyai klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta.

Menurut Football Agent – Malaysia, pihaknya akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang tentang perkara dan tawaran ini dengan lebih lanjut.

BATE merupakan juara Liga Perdana Belarus sebanyak 15 kali dan pada 2018, BATE berjaya mengekalkan kejuaraan 13 kali berturut sejak 2006 sehingga 2018 dan kini berada ditempat ketiga liga selepas enam perlawanan.

Malah BATE tidak asing lagi dalam saingan berpretij Eropah seperti Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL). Pada musim ini, BATE satu kumpulan dengan Chelsea dalam Kumpulan L UEL berjaya mara ke pusingan 32 terbaik sebelum tewas 3-1 secara agregat kepada Arsenal pada 22 Februari lalu. Walau bagaimanapun, pada pusingan pertama BATE berjaya menang 1-0 ke atas Arsenal di laman sendiri pada 15 Februari lalu.

Bermakna jika tawaran ini menjadi kenyataan, Akhyar bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di UCL atau UEL bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu kerana BATE layak ke kejohanan tertinggi eropah itu pada musim 2019/2020.

Turut difahamkan pencari bakat BATE tertarik dengan aksi Akhyar selepas menonton beberapa video kemahiran Akhyar yang melibatkan beberapa perlawanan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, dengan berita ini dapat memberikan semangat kepada pemain muda lain untuk sentiasa mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan agar pencari-pencari bakat luar dapat mengenalpasti kelebihan setiap pemain. Malah berita mengenai Liga Korea Selatan (K-League) akan membuka kouta import dari ASEAN musim hadapan memberi sedikit peluang kepada pemain Malaysia untuk beraksi di sana.

Foto: Johor Southern Tiger