Lorenzo bersama Nabil ketika sesi autograf

 

Juara dunia 2010, Jorge Lorenzo bertekad untuk menjulang kejuaraan MotoGP keduanya dengan mengungguli baki 3 perlumbaan bermula di Sepang hujung minggu ini.

“Perasaan menjulang kejuaraan dunia pada 2010 merupakan perasaan terbaik saya pernah kecapi. Impian saya akhirnya berjaya direalisasikan. Saya berharap tahun ini saya dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan pada 2010” kata Lorenzo yang menunggang jentera Yamaha.

Lorenzo kini mengungguli tangga keseluruhan dengan 310 mata berbanding pencabar terdekat, Dani Pedrosa yang mengutip  282 mata.

“Dani (Pedrosa) sentiasa memberikan saingan sengit kepada saya. Lihat sahaja pada aksi di Motegi minggu lalu. Jadi saya akan pastikan untuk memberi aksi terbaik pada perlumbaan Ahad nanti lebih-lebih selepas melihat litar Sepang ini lebih sesuai dengan jentera (Yamaha) berbanding di Motegi” tambah Lorenzo lagi.

Lorenzo ditemui ketika menghadiri majlis pengenalan sut perlumbaan terbaru Alpinestars yang turut dilengkapi dengan sistem tech-air airbag di Alpinestars Shop, Setapak. Lorenzo juga sempat mengadakan sesi menandatangani autograf bersama peminat-peminat tempatan.