Connect with:




 

Hasrat ratu squash negara, Nicol Ann David untuk memburu kejuaraan hatrik dalam kejohanan Komanwel kali ini tidak kesampaian apabila pemain squash New Zealand, Joelle King menyekat kemaraan Nicol di separuh akhir semalam.

Bagaimanapun, Joelle terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila mencatat kemenangan 3-1, 13-11, 11-5, 1-11, 11-5.

Nicol akan menentang wakil Wales, Tesni Evans untuk membuat perhintungan pingat gangsa pada hari ini. Nicol yang kecewa tidak ke perlawanan pasti inginkan sesuatu yang terbaik dalam kejohanan ini.

Dalam perlawanan akhir nanti, Joelle King akan menentang Sarah-Jane Perry dari England untuk pingat emas edisi kali ini.

Sementara itu, wakil perseorang lelaki negara, Nafiizwan Andan yang memulakan aksi cemerlang termasuklah mengejutkan pilihan utama kejohanan di suku akhir termasuk akur apabila tewas di peringkat separuh kepada wakil England, James Willstrop.

Foto Kredit : Nicol Ann David