Connect with:




Pemain squash New Zealand, Joelle King berjaya menewaskan pemain dari Mesir, Raneem El Welily di peringkat separuh akhir dan akan bertemu dengan seorang lagi wakil Mesir, Nour El Tayeb di perlawanan akhir.

Joelle juga berjaya menyekat hasrat wakil dari Mesir ini untuk bertemu sesama mereka di perlawanan akhir nanti.

Joelle yang berada di kedudukan ke-7 dunia terpaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 3-2 keatas Raneem yang berada di kedudukan kedua dunia, 7-11, 11-7, 11-7, 7-11, 12-10 selama 60 minit dalam 5 set pertarungan.

Joelle King bersama kejuaraan pertama beliau. Foto Kredit : FB Joelle King

Joelle kini memburu kejuaraan kedua tahun ini setelah berjaya memenangi kejuaraan pertama pada kejohanan Cleveland Classisc awal bulan lalu.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 22 hingga 28 Februari yang diadakan di Chicago, United States. Pemenang akan membawa pulang hadiah sebanyak $250,000.

Sumber Kredit : stuff(dot)c0(dot)nz